Pada 12 hingga 14 November 2010 lalu, KUG Melaka menyertai Karnival Usahawan 2010 dengan "booth" bernombor 22. Bertuahnya KUG Melaka kerana mendapat tempat yang berhampiran dengan pentas perasmian karnival tersebut.
Karnival dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan, yang membawa kapasiti selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka.
Karnival berkenaan diadakan di kawasan Kota Fesyen,MITC Melaka. Ianya berada di laluan utama bangunan SDSI. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu, bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Dua usahawan dari KUG Melaka yang terlibat dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikkan serta pembuatan kek diberi peluang mempromosikan produk dan perkhidmatan.