Dalam siri rancangan "Bersamamu - TV3", yang bersiaran pada semalam (23-04-2009, Rabu) mengisahkan mengenai dua orang anak penduduk miskin di salah satu daerah di Negeri Sembilan, yang menerima latihan kemahiran di
GIATMARA Kuala Pilah.
Ini sebagai permulaan bagi mereka membebaskan diri belenggu kemiskinan. Melalui
GIATMARA, para pelatihnya akan menerima peluang yang cukup baik untuk memajukan diri dari segi penguasaan ilmu dan menggunakan kemahiran yang diperolehi sebagai landasan untuk menyara kehidupan ataupun sebagai sumber pendapatan yang halal.
Jika dilihat sendiri pada perkataan "
GIAT", membawa pengertian yang mendalam. Dalam bahasa Melayu, "giat" memberi erti rajin berusaha, berusaha bersungguh-sungguh dan makna-makna lain yang seumpamanya. "
GIAT" juga adalah singkatan kepada "
Gerak
Insan
Anak
Tempatan", yang sememangnya bertepatan dengan hasrat
GIATMARA itu sendiri iaitu bagi memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan bumiputera memperbaiki pencapaian diri, terlangsungnya membentuk satu komuniti masyarakat yang berwawasan dan berilmu tinggi.