Isnin, Januari 25, 2010

Maklumat terkini dari Timbalan Pengerusi KUG Melaka

1) KUG Melaka dengan kerjasama Apple iaitu sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang jahitan, mengadakan Kursus Jangka Pendek : Jahitan Kreatif. Ia bertujuan mendedahkan para belia pada teknik-teknik asas jahitan kreatif yang boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan sampingan. Maklumat kursus berkenaan adalah seperti berikut :
Tarikh : 28-01-2010 (Khamis)
Masa : 2.00 - 6.00 petang
Tempat : Dewan GIATMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah Pesanan Sila bawa alatan asas (peralatan kecil) menjahit & salinan kad pengenalan
**Tarikh tutup ialah pada 26-01-2010
**Tinggal 3 kekosongan tempat
**Untuk pertanyaan, hubungi Timbalan Pengerusi KUG Melaka (En.Ramizu - 013 649 5618)
2) Mesyuarat Agong kali ke 2, akan diadakan di Dewan GIATMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah, Melaka pada 14/02/2010, bermula pukul 10.00 pagi.
3) Jumlah sumbangan dari para usahawan KUG Melaka berjumlah RM3,400.00. Sumbangan itu disumbangkan pada tarikh 21/01/2010, di Dewan GIATMARA Kota Melaka.

Jumaat, Januari 08, 2010

GIATMARA dan Custom Made Wooden Yacht bangun model niaga berasaskan seni tukang tradisional

GIATMARA, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), akan memasarkan secara komersial seni pertukangan kapal layar tradisional Melayu menerusi kerjasama dengan penggiat industri yang masih aktif hingga kini iaitu Abdullah Muda dari Pulau Duyong, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd Majid, berkata kerjasama itu termasuk usaha GIATMARA membangunkan kurikulum pembinaan kapal layar tradisional dengan kerjasama Custom Made Wooden Yacht (CMWY) milik Abdullah.

Katanya, projek itu bertujuan mengekalkan warisan pembuatan kapal layar tradisional Melayu yang sebelum ini dipelajari secara lisan oleh pembuat kapal atau "pandai kapal" dan kemudian membukukan ia mengikut kemahiran Abdullah yang lebih dikenali di Duyong sebagai Pak Haji Dollah.

"Kapal layar yang akan dikenali dengan nama Warisan Dayang GM1 dibangunkan dengan kos kira-kira RM2 juta, yang mana RM1.5 juta daripadanya ditaja dana khas kerajaan Persekutuan. Ketika ini, 85 peratus cara pembuatan kapal layar tradisional siap didokumentasikan yang mana ilmunya seperti kaedah pengukuran diterjemahkan terus dari dalam kepala" Pak Haji Dollah.

"Keistimewaan kapal layar tradisional projek GIATMARA dan CMWY berukuran 60 kaki panjang ialah ia tidak menggunakan sebarang peralatan logam seperti paku atau besi di dalamnya, semua menggunakan kayu. Malah, bagi mengekalkan keaslian warisan dan memastikan perlindungan intelektual, kami menggunakan pengiraan cara lama seperti inci, hasta, jengkal dan ruas bertujuan melindungi hak cipta kurikulum itu kelak serta menggalakkan orang luar yang berminat datang sendiri mempelajarinya.

Menurutnya, GIATMARA berharap projek berkenaan dapat memangkin pembangunan industri kapal layar tempatan dan pada masa sama membolehkan pelatih GIATMARA sendiri menjadi vendor pengusaha kapal tradisional pada masa depan.

~ artikel diambil dari Hatipah Ahmad (Harian Metro)

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog