Home » » Maklumat terkini dari Timbalan Pengerusi KUG Melaka
Maklumat terkini dari Timbalan Pengerusi KUG Melaka
1) KUG Melaka dengan kerjasama Apple iaitu sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang jahitan, mengadakan Kursus Jangka Pendek : Jahitan Kreatif. Ia bertujuan mendedahkan para belia pada teknik-teknik asas jahitan kreatif yang boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan sampingan. Maklumat kursus berkenaan adalah seperti berikut :
Tarikh : 28-01-2010 (Khamis)
Masa : 2.00 - 6.00 petang
Tempat : Dewan GIATMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah
Pesanan Sila bawa alatan asas (peralatan kecil) menjahit & salinan kad pengenalan
**Tarikh tutup ialah pada 26-01-2010 **
Tinggal 3 kekosongan tempat
**
Untuk pertanyaan, hubungi Timbalan Pengerusi KUG Melaka (En.Ramizu - 013 649 5618)
2) Mesyuarat Agong kali ke 2, akan diadakan di Dewan GIATMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah, Melaka pada 14/02/2010, bermula pukul 10.00 pagi.
3) Jumlah sumbangan dari para usahawan KUG Melaka berjumlah RM3,400.00. Sumbangan itu disumbangkan pada tarikh 21/01/2010, di Dewan GIATMARA Kota Melaka.