Usahawan sama ada yang telah "senior" mahupun yang masih lagi baru dalam lapangan keusahawanan atau perniagaan ini perlu sentiasa menambah ilmu bagi melengkapkan serta menyediakan diri bagi menyesuaikan perniagaan yang dijalankan dengan keadaan pasaran semasa.
Jika mengharapkan informasi yang diperolehi dari menyertai mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib seperti MARA, ianya tidak mencukupi bagi menghadapi keadaan sebenar dunia perniagaan. Selalunya teori yang dibentangkan oleh "orang" yang makan gaji, tidak sama dengan praktikal yang sebenarnya apabila kita berada di lapangan ini. Belajar dari pengalaman dan ditambah lagi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah dapat membantu usahawan memperbaikki prestasi sesuatu perniagaan.
Dipasaran telah banyak syarikat penerbitan mengeluarkan buku-buku motivasi dan rujukkan perniagaan mengikut bidang-bidang tertentu. Para usahawan pandai-pandailah memilih buku-buku yang bersesuaian bagi memperolehi maklumat yang bermanfaat yang boleh diaplikasikan dalam bisnes anda. Membaca boleh menjadi salah satu kunci kejayaan usahawan dalam aktiviti perniagaan.
Bagi tujuan tersebut, bagi pihak KUG Melaka, saya mencadangkan pada usahawan lepasan GIATMARA Melaka serta ahli KUG Melaka khususnya agar membeli dan membaca buku bertajuk "Berani Gagal" yang ditulis oleh Billi Lim.
~Ahmad Zaki, ICT Niaga Enterprise