Landasan ukhwah lepasan pelatih GIATMARA Melaka yang menjalankan perniagaan secara serius dan sepenuh masa. Kelab ini adalah sebuah kelab yang sah melalui undang-undang Pendaftar Pertubuhan di Malaysia.
Pameran di Pusat Serenti Tampin, Melaka @ Negeri Sembilan..
Pada 8 Julai 2010, Kelab Usahawan GIATMARA Melaka (KUG Melaka) telahpun menyertai pameran yang diadakan di Pusat Serenti Tampin. Seperti tajuk artikel di atas, Pusat Serenti Tampin ini berada di dalam kawasan sempada dua buah negeri.
Buat julung kalinya, pihak KUG Melaka dipelawa untuk turut serta dalam pameran tersebut melalui platfom GIATMARA Negeri Melaka. Antara agensi lain yang terlibat dalam penganjuran pameran itu ialah Sekolah Henry Gurney, Jabatan Pertahanan Awam, Cawangan Narkotik Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tujuan pameran ini diadakan bagi mendedahkan maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada tahanan penjara agar sedikit sebanyak kesedaran tersebut dapat digunakan oleh mereka apabila keluar dari pusat serenti kelak.
Dalam konteks GIATMARA dan KUG Melaka pula, para tahanan serenti diberitahu maklumat mengenai membina semula kehidupan melalui latihan kemahiran. Setelah tamat tempoh hukuman, mereka diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran di mana-mana pusat GIATMARA di Melaka, mengikut bidang yang mereka minati dengan pemantauan dari pihak-pihak berwajib agar matlamat pemulihan tahanan dapat dicapai dengan sebaik mungkin.