Pihak Kelab Usahawan GIATMARA Melaka mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang meninggal dunia selepas mendapat serangan jantung semalam kira-kira 8.10 malam di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Arwah Datuk Mohamad Hidhir semasa hayatnya sering menghadirkan diri dalam majlis yang melibatkan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. Kali terakhir Kelab Usahawan GIATMARA Melaka "bertemu" dengan arwah Datuk Mohamad Hidhir ialah semasa Karnival Usahawan MARA 2010 di Kota Fesyen Melaka. Dalam karnival itu beliau sudi meluangkan masa bersama bekas Pengarah MARA Negeri Melaka iaitu En.Azhar Abdul Manaf melawat "booth" Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. Sila klik di sini untuk merujuk artikel berkenaan.
Berikut adalah gambar kenangan bersama arwah Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan bersama pihak Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dan GIATMARA Melaka di salah satu majlis yang diadakan tahun lalu.