Assalamualaikum...
Esok
adalah hari terakhir kita berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan
rahmat dan keampunan. Terasa masa yang berlalu begitu cepat dan kini
bulan syawal pula yang akan mengambil giliran untuk melengkapi kalendar
umat Islam.
Dalam
kesibukan kita di akhir-akhir Ramadhan.., adakah kita dapat
mempergunakan bulan ini dengan sebaik-baiknya?. Adakah kita dapat
memenuhi bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah? Adakah di
bulan puasa ini kita puasa dari segala yang lagha..? Dapatkah bulan ini
mendidik kita menjadi umat Islam yang baik serta kembali kepada
fitrahnya...?
Pihak pengurusan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka ( KUG Melaka ) mengucapkan dan Salam Kemerdekaan kepada anda yang membaca blog ini, juga kepada saudara mara, kenalan
dan para pelawat yang pernah mengunjungi pejabat KUG Melaka. Maafkan kekilafan yang berlaku sama ada
disedari atau tidak.
Hindarilah sikap tamak, hasad dengki dan lain-lain perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada semua. Hidup kita berlandaskan ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran serta hadith Nabi Muhammad S.A.W. Setiap perlakuan wajib merujuk kepada hukum hakam Islam.
Janganlah hanya semata-mata mahu medapatkan habuan di dunia, kita mencampuradukan yang halal dan yang haram (Halal + Haram = Halam) dalam sumber rezeki kita. Semoga tibanya bulan Syawal ini dapat memberi
sinar harapan baru untuk kita sama-sama maju dalam sektor keusahawanan di bumi Malaysia yang
bertuah ini...