Perasmian kelab akan dilancarkan pada 01.05.2008 bertempat di Hotel Sri Impiana, Jasin, Melaka pada pukul 3.00 ptg sehingga 6.00 ptg.
Kelab ini terdiri daripada bekas pelatih
GIATMARA negeri Melaka yang telah mempunyai syarikat dan aktif menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.
Sasaran
KUG ialah menjalankan projek atau kerja-kerja penyelenggaraan serta perkhidmatan untuk organisasi berkaitan
MARA. Jika dilihat oleh pihak penilaian
KUG,
kebanyakkan organisasi berkaitan
MARA menggunakan perkhidmatan seperti servis penghawa dingin, servis komputer atau jahitan pakaian dari pihak luar mahupun bangsa asing.
Ini ternyata merugikan para pelatih dari
GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan kerana kebanyakkan dari tugasan atau projek tersebut mampu dilaksanakan oleh mereka sendiri kerana semasa di
GIATMARA, mereka telah dilatih dengan kursus kemahiran yang releven dengan kehendak pasaran semasa.
Oleh itu diharap semua pihak lain terutamanya bangsa Melayu sendiri menyokong dan memberi galakkan serta bantuan sewajarnya kepada
KUG kerana kebanyakkan dari ahli kelab adalah usahawan muda dan baru dalam dunia keusahawanan.