Pada minggu lepas, ahli jawatan kuasa penaja KUGM telah mengadakan mesyuarat di dewan GiatMARA Kota Melaka bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk memperkenalkan perniagaan ahli-ahlinya kepada orang ramai.
Pihak ajk penaja telah merancang untuk menjalankan konsep "multi business" di dalam satu bangunan. Namun lokasi perniagaan dan tarikh untuk melaksanakannya belum lagi muktamat, masih di dalam perbincangan, namun telah mendapat persetujuan dari semua ajk yang hadir. Sekiranya perancangan ini berjaya, ia akan dimulakan dengan bidang jahitan, kemudiannya diikuti oleh bidang-bidang lain yang dijalankan oleh ajk.
Dalam bulan november 2008 akan datang, pihak ajk KUGM telah merancang untuk mengadakan "road tour" sekitar kawasan parlimen di negeri Melaka. Disamping itu pelbagai acara seperti jualan produk usahawan serta sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa akan dijalankan di Giat MARA Sungai Rambai, yang mana pada hari yang sama juga dijangka akan diadakan majlis penjenamaan semula GiatMARA.
Tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah bagi mempromosikan Kelab Usahawan GiatMARA Melaka dan institusi GiatMARA selaku pihak yang menjana tenaga mahir dalam bidang teknikal serta pelatih yang mampu menjadi usahawan berjaya.