Rabu, Disember 31, 2008

Harapan dan doa di tahun 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Esok bermulanya tahun baru 2009. Yang pastinya apabila tiba tahun baru, kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Sesungguhnya tahun 2008 ini padat dengan pelbagai peristiwa suka mahupun duka.
Tahun 2008 juga mencatatkan perubahan yang menarik dalam dunia keusahawanan. Kesan daripada keputusan pilihanraya 2008, struktur kerajaan Malaysia berubah. Kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, membuat rombakan kabinet bagi mengorganisasikan semula struktur kerajaan, iaitu pada mana-mana bahagian yang bermasalah.
Hasil dari rombakan kabinet kerajaan itu, dilihat bantuan kepada para usahawan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dipermudah dan dipercepatkan. Salah satu langkah yang diambil oleh MARA ialah meluluskan pinjaman di bawah nilai RM20,000.00 di peringkat daerah, tanpa perlu dirujuk pada peringkat pusat dan masa diambil untuk meluluskan pinjaman tersebut ialah sekitar dua minggu.
Semoga tahun 2009 yang tiba ini "menghidangkan" cerita-cerita yang positif untuk masyarakat Malaysia, terutamanya dalam dunia keusahawanan Melayu. Marilah sama-sama kita berusaha dan berdoa agar masyarakat Melayu semakin menguasai ekonomi di "tanah air" yang bertuah ini...

Isnin, Disember 15, 2008

14 produk inovasi pelajar GiatMARA dapat hak paten

Setakat ini, Giat MARA menerusi Pusat Pembangunan Reka Bentuk MARA ( DeDEC ) berjaya mendapat hak paten bagi 14 produk inovasi pelajarnya, kata Ketua Pegawai Ehsekutifnya, Meriyam Abdul Majid.
Jumlah itu termasuk satu yang bakal dikomersialkan tidak lama lagi, iaitu Creative Knife Collection yang dihasilkan pelajar GatMARA Slim River,Perak.
Beliau berkata, kejayaan mendapatkan paten itu adalah langkah Giat MARA melindungi harta intelek pelajar, selain menjamin keselamatannya daripada diciplak pihak tidak bertanggungjawab.
"Ciptaan pelajar berkenaan perlu dilindungi kerana ia mempunyai nilai komersial, selain boleh memberi peluang terbaik kepada pelajar jika dipasarkan secara sah".
"Setiap reka cipta atau produk berkualiti akan dikenal pasti demi kepentingan penciptanya dan usaha ke arah mengkomersialkan produk terbabit turut dirancang dengan pihak yang berminat memasarkannya".
"Malah, kita jugfa bercadang mengadakan pameran inivasi yang bakal mengetengahkan pelbagai produk pelajar Institusi Pendidikan MARA ( IPMa ) termasuk GiatMARA dengan menjemput pengusaha industri luar untuk melihat produk itu", katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.
~ petikan berita daripada akhbar Berita Harian. ~ penulis berita oleh Khairina Yasin, email : kayrina@bharian.com.my

Rabu, Oktober 15, 2008

CYCAR Auto Service

Nama syarikat : CYCAR Auto Service Nama pemilik : Mohd Shukri Bin Mohd Isa Jenis perniagaan : Automotif (baiki kenderaan) Alamat perniagaan : Taman IKS Duyung, 75460 Melaka Nombor telefon : 017 - 657 99 satu tiga

Selasa, Oktober 14, 2008

R & B Wawasan Enterprise

Nama syarikat : R & B Wawasan Enterprise Nama pemilik : Rasidah Binti Mohd. Said Jenis perniagaan : Kedai jahitan pakaian Alamat perniagaan : 2765 Bazar KPA Umbai, Taman Datuk Aziz, Pulai, 77300 Merlimau Melaka. Nombor telefon : 013 - 613 empat enam 41

Sabtu, Julai 12, 2008

OK Prinsip Waja Enterprise

Nama syarikat: OK Prinsip Waja Enterprise Nama Pemilik: Othman Bin Abdul Ghani Jenis Perniagaan: Pendawaian elektrik dan penternakan haiwan Alamat Perniagaan: Solok Chembong, Kg Bukit Senggeh, 77500 Selandar Melaka. Nombor Telefon: 019 - enam empat 1 0835

Khamis, Julai 10, 2008

ICT Niaga telah beroperasi

ICT Niaga Enterprise telah sepenuhnya beroperasi di lot 1.3B tingkat 1, Kompleks Hang Tuah ( MARA ), Jalan Hang Tuah, Melaka. Melalui ICT Niaga Enterprise, anda mendapat perkhidmatan yang jujur dan harga yang berpatutan.

Sabtu, Jun 28, 2008

ICT Niaga Enterprise akan beroperasi di Kompleks Hang Tuah

Usahawan komputer dan multimedia iaitu Ahmad Zaki ( lepasan Giat MARA sesi Julai 2006 ), melalui syarikatnya, "ICT Niaga Enterprise" dijangka akan beroperasi di lot 1.3B tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka, iaitu satu bangunan dengan GiatMARA Kota Melaka ( tingkat 3 ) dalam bulan Julai 2008 ini. Cawangan pertama syarikat beliau iaitu di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka masih terus beroperasi. Selain dari menawarkan perkhidmatan baikpulih dan penyelenggaraan komputer, ICT Niaga Enterprise juga menawarkan perkhidmatan edit gambar dan video digital, jualan pakej komputer ikut bajet, dan pendaftaran usahawan beli jual topup prepaid. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman blog Ahmad Zaki iaitu : smskey.blogspot.com ( blog peribadi ) ictniaga.blogspot.com ( blog syarikat )

Jutawan "moden" tak seperti jutawan dulu-dulu

Kalau disebut "JUTAWAN", sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher,hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya... Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku "Millionaires Next Door", zaman sekarang, di kala keadaan ramai "Jutawan modern", perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja. Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu). Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan. "For the rich, it's not about getting more stuff. It's about having the freedom to make almost any decision you want," -T. Harv Eker, penulis "Secret of Millionaires Mind. Bila kita jadi jutawan kelak... apa kata kita jadi jutawan "moden" yang lebih menjurus kepada konsep "kesederhanaan" dalam Islam. - Irfan Khairi ( Jutawan internet )

Perancangan KUGM di masa hadapan

Pada minggu lepas, ahli jawatan kuasa penaja KUGM telah mengadakan mesyuarat di dewan GiatMARA Kota Melaka bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk memperkenalkan perniagaan ahli-ahlinya kepada orang ramai. Pihak ajk penaja telah merancang untuk menjalankan konsep "multi business" di dalam satu bangunan. Namun lokasi perniagaan dan tarikh untuk melaksanakannya belum lagi muktamat, masih di dalam perbincangan, namun telah mendapat persetujuan dari semua ajk yang hadir. Sekiranya perancangan ini berjaya, ia akan dimulakan dengan bidang jahitan, kemudiannya diikuti oleh bidang-bidang lain yang dijalankan oleh ajk. Dalam bulan november 2008 akan datang, pihak ajk KUGM telah merancang untuk mengadakan "road tour" sekitar kawasan parlimen di negeri Melaka. Disamping itu pelbagai acara seperti jualan produk usahawan serta sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa akan dijalankan di Giat MARA Sungai Rambai, yang mana pada hari yang sama juga dijangka akan diadakan majlis penjenamaan semula GiatMARA. Tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah bagi mempromosikan Kelab Usahawan GiatMARA Melaka dan institusi GiatMARA selaku pihak yang menjana tenaga mahir dalam bidang teknikal serta pelatih yang mampu menjadi usahawan berjaya.

Isnin, April 21, 2008

Perasmian Kelab Usahawan Giatmara Melaka

Perasmian kelab akan dilancarkan pada 01.05.2008 bertempat di Hotel Sri Impiana, Jasin, Melaka pada pukul 3.00 ptg sehingga 6.00 ptg. Kelab ini terdiri daripada bekas pelatih GIATMARA negeri Melaka yang telah mempunyai syarikat dan aktif menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang. Sasaran KUG ialah menjalankan projek atau kerja-kerja penyelenggaraan serta perkhidmatan untuk organisasi berkaitan MARA. Jika dilihat oleh pihak penilaian KUG, kebanyakkan organisasi berkaitan MARA menggunakan perkhidmatan seperti servis penghawa dingin, servis komputer atau jahitan pakaian dari pihak luar mahupun bangsa asing. Ini ternyata merugikan para pelatih dari GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan kerana kebanyakkan dari tugasan atau projek tersebut mampu dilaksanakan oleh mereka sendiri kerana semasa di GIATMARA, mereka telah dilatih dengan kursus kemahiran yang releven dengan kehendak pasaran semasa. Oleh itu diharap semua pihak lain terutamanya bangsa Melayu sendiri menyokong dan memberi galakkan serta bantuan sewajarnya kepada KUG kerana kebanyakkan dari ahli kelab adalah usahawan muda dan baru dalam dunia keusahawanan.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog