Ahad, Februari 27, 2011

Gambar semasa Mesyuarat Agung KUG Melaka kali ke 3

 

Ucapan perasmian dari Timbalan Ketua Eksekutif GIATMARA Malaysia iaitu En. Jamal Nasir yang menggantikan "Kak Yam" (Ketua Eksekutif GIATMARA Malaysia).  Kak Yam tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dalam urusan rasmi di luar kawasan Melaka.

Para hadirin telah dimaklumkan oleh TKE GIATMARA bahawa nama "Kelab Usahawan GIATMARA" telah ditukar kepada "Komuniti Usahawan GIATMARA".  Pihak KUG Melaka akan mengambil tindakkan sewajarnya kerana pertukaran nama ini melibatkan undang-undang daftar pertubuhan.  Ia melibatkan banyak urusan rumit termasuklah memperbaharui "buku undang-undang kelab".

Jamuan makanan minuman untuk VIP dan ahli-ahli KUG Melaka diadakan di pejabat KUG Melaka.

Selasa, Februari 15, 2011

Panggilan Mesyuarat Agung KUG Melaka Kali ke 3

Perhatian pada semua ahli lama dan ahli baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.

Dimaklumkan mesyuarat agung akan diadakan pada :

Tarikh    : 25 Februari 2011
Hari       : Jumaat
Masa      : 3.00 petang
Tempat  : Tingkat 3, Dewan GIATMARA Kota Melaka.

Semua ahli KUG Melaka diwajibkan hadir bagi memastikan anda mendapat maklumat terkini perkembangan kelab dan manfaat serta perkara penting yang akan diberitahu.  Dan yang paling penting, ahli perlu merasai perbezaan serta pembaharuan yang dibawakan oleh pengerusi kelab kita yang ke tiga iaitu En.Mas Ramizu dalam mengembalikan roh perniagaan yang berteraskan ukhwah (persaudaraan Islam).

Pada sesi pendaftaran kehadiran, ahli diminta mengisi borang yang disediakan bagi memastikan para ahli memberi maklumat yang tepat dan terkini.  Hal ini amat penting bagi pengerusi bersama-sama dengan jemaah AJK nya untuk memastikan tiada ahli yang ketinggalan dalam mengetahui rencana pembangunan keusahawanan tulen yang berpandukan ajaran Islam yang tiada had, tiada hari tertentu.., sepanjang masa.

Mesyuarat agung kali ini akan dirasmikan oleh CEO GIATMARA Malaysia (Meriyam Binti Abdul Majid @ Kak Yam).

WAJIB DATANG

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog