Sabtu, Februari 27, 2010

Lagi mengenai perkembangan pejabat KUG Melaka

Berikut adalah gambar yang diambil pada hari ini. Aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan cermin serta membawa masuk mesin jahit, penghawa dingin serta beberapa jenis perabot.
Mesin jahit tepi serta mesin jahit heavy duty dan beberapa jenis perabot disumbangkan oleh syarikat Ramizu Supply & Services. Penghawa dingin dan juga perabot disumbangkan oleh Serambi Timur Trading.

Jumaat, Februari 26, 2010

Perkembangan terkini KUG Melaka

Mesyuarat ahli jawatan kuasa baru yang pertama telah diadakan pada 24-02-2010, jam 8.00 malam di bilik mesyuarat Serambi Timur Trading.
Dengan saf kepimpinan baru yang diterajui oleh En.Mas Ramizu Bin Mas Mohamad, telah segera menghidupkan kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat milik KUG Melaka di tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka.
Para ahli jawatan kuasa bersepakat membuat sumbangan dalam bentuk wang, barangan mahupun kepakaran dalam bidang masing-masing.
Pada ketika ini, kerja-kerja pemasangan karpet di lantai pejabat telah siap dijalankan. Berikut adalah gambar-gambar keadaan pejabat KUG Melaka yang terkini :
Senarai penuh saf kepimpinan KUG Melaka yang menerima perlantikan dalam Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Melaka kali ke 2, akan disiarkan di dalam blog ini.

Sabtu, Februari 13, 2010

Mesyuarat Agung kali ke 2

Tarikh : 14 - 02 - 2010 (Ahad)
Masa : 9.00pagi
Tempat : Dewan GIATMARA Kota Melaka.
Semua ahli KUG Melaka dijemput menghadiri mesyuarat ini. Pelbagai agenda dan isu penting akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Dengan kehadiran semua ahli serta kerjasama yang diberikan akan dapat meneruskan kesinambungan KUG Melaka dalam membela usahawan dari GIATMARA Melaka.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog