Isnin, Jun 28, 2010

Majlis Graduasi GIATMARA Kota Melaka & Simpang Ampat, serta Program GIATMARA Melaka "Bersamamu" 2010

Assalamualaikum...
Pada hari ini, 28 Jun 2010, bermula jam 10.00 pagi telah diadakan Majlis Graduasi GIATMARA Kota Melaka dan Simpang Ampat di Dewan Naning, Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. Tetapi sebelum itu, majlis didahulukan dengan bacaan doa. Selepas itu, Pengurus GIATMARA Melaka iaitu En.Amran memberi ucapan aluan pada semua yang hadir dalam dewan berkenaan serta ucapan perasmian dari Y.B Datuk Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian.
Sejurus selepas itu, para hadirin dipersembahkan dengan tayangan video mengenai seorang remaja yang mendapat latihan kemahiran dalam bidang jahitan di GIATMARA Kota Melaka iaitu Norliyana Binti Abdul Ghaffar, yang pernah muncul dalam rancangan TV3 iaitu "Bersamamu". Video berkenaan menggambarkan perjalanan dan perkembangan kehidupan beliau ketika menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka.
Di bawah kepimpinan saudara Ramizu Bin Mas Mohamad yang berkomitmen tinggi, pihak KUG Melaka tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan badan koporat yang lain dalam memberi sumbangan khidmat masyarakat. Pihak KUG Melaka telah menyumbangkan seunit mesin jahit pakaian berserta dengan peralatan menjahit yang lain kepada Norliyana. Dalam majlis penyerahan mesin dan peralatan menjahit tersebut, Norliyana juga telah membuat sedikit demontrasi kemahiran yang beliau perolehi sepanjang menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka, dengan ,menggunakan mesin jahit tersebut. Juga dipamerkan koleksi pakaian yang dijahit oleh beliau mengikut modul GIATMARA. Selain dari kehadiran para pelatih, ibu bapa, penjaga, tenaga pengajar, kakitangan GIATMARA negeri dan ibupejabat, majlis turut menerima kehadiran pihak wartawan dari media cetak serta elektronik.
Pihak KUG Melaka amat berbangga dengan semangat serta pencapaian Norliyana setelah menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka. Walaupun kehidupan keluarga beliau yang berada dalam lingkungan kemiskinan serta mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya, namun cekal mengharungi hari-hari yang mendatang. Kami mendoakan agar Norliyana terus melangkah maju ke hadapan di dalam bidang keusahawanan demi membela nasib keluarganya.
Semestinya KUG Melaka akan sentiasa memberi tunjuk ajar serta pantuan bukan sahaja kepada Norliyana, bahkan kepada lepasan pelatih GIATMARA Melaka yang lain dalam mencari rezeki di bidang perniagaan. Oleh itu, KUG Melaka juga mengharapkan kerjasama dari para usahawan lepasan GIATMARA Melaka untuk mengemaskini maklumat perniagaan anda. Silalah berkunjung ke pejabat KUG Melaka di Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, untuk rujukan serta mendapatkan nasihat dari rakan-rakan yang ada di dalam KUG Melaka.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog