Sabtu, Jun 28, 2008

ICT Niaga Enterprise akan beroperasi di Kompleks Hang Tuah

Usahawan komputer dan multimedia iaitu Ahmad Zaki ( lepasan Giat MARA sesi Julai 2006 ), melalui syarikatnya, "ICT Niaga Enterprise" dijangka akan beroperasi di lot 1.3B tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka, iaitu satu bangunan dengan GiatMARA Kota Melaka ( tingkat 3 ) dalam bulan Julai 2008 ini. Cawangan pertama syarikat beliau iaitu di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka masih terus beroperasi. Selain dari menawarkan perkhidmatan baikpulih dan penyelenggaraan komputer, ICT Niaga Enterprise juga menawarkan perkhidmatan edit gambar dan video digital, jualan pakej komputer ikut bajet, dan pendaftaran usahawan beli jual topup prepaid. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman blog Ahmad Zaki iaitu : smskey.blogspot.com ( blog peribadi ) ictniaga.blogspot.com ( blog syarikat )

Jutawan "moden" tak seperti jutawan dulu-dulu

Kalau disebut "JUTAWAN", sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher,hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya... Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku "Millionaires Next Door", zaman sekarang, di kala keadaan ramai "Jutawan modern", perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja. Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu). Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan. "For the rich, it's not about getting more stuff. It's about having the freedom to make almost any decision you want," -T. Harv Eker, penulis "Secret of Millionaires Mind. Bila kita jadi jutawan kelak... apa kata kita jadi jutawan "moden" yang lebih menjurus kepada konsep "kesederhanaan" dalam Islam. - Irfan Khairi ( Jutawan internet )

Perancangan KUGM di masa hadapan

Pada minggu lepas, ahli jawatan kuasa penaja KUGM telah mengadakan mesyuarat di dewan GiatMARA Kota Melaka bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk memperkenalkan perniagaan ahli-ahlinya kepada orang ramai. Pihak ajk penaja telah merancang untuk menjalankan konsep "multi business" di dalam satu bangunan. Namun lokasi perniagaan dan tarikh untuk melaksanakannya belum lagi muktamat, masih di dalam perbincangan, namun telah mendapat persetujuan dari semua ajk yang hadir. Sekiranya perancangan ini berjaya, ia akan dimulakan dengan bidang jahitan, kemudiannya diikuti oleh bidang-bidang lain yang dijalankan oleh ajk. Dalam bulan november 2008 akan datang, pihak ajk KUGM telah merancang untuk mengadakan "road tour" sekitar kawasan parlimen di negeri Melaka. Disamping itu pelbagai acara seperti jualan produk usahawan serta sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa akan dijalankan di Giat MARA Sungai Rambai, yang mana pada hari yang sama juga dijangka akan diadakan majlis penjenamaan semula GiatMARA. Tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah bagi mempromosikan Kelab Usahawan GiatMARA Melaka dan institusi GiatMARA selaku pihak yang menjana tenaga mahir dalam bidang teknikal serta pelatih yang mampu menjadi usahawan berjaya.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog