Jumaat, Mac 26, 2010

Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA, Peringkat Zon Selatan

Assalamualaikum...Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA Peringkat Zon Selatan, yang diadakan pada 24 hingga 26 haribulan Mac 2010 di Hotel Sri Costa, Melaka telah berlangsung dengan jayanya.
Ianya disertai oleh ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Bengkel ini dijayakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan GIATMARA.
Berikut adalah suasana ketika "team KUG Melaka" melaksanakan tugasan :

Ahad, Mac 14, 2010

Membaca kunci kepada usahawan berjaya

Usahawan sama ada yang telah "senior" mahupun yang masih lagi baru dalam lapangan keusahawanan atau perniagaan ini perlu sentiasa menambah ilmu bagi melengkapkan serta menyediakan diri bagi menyesuaikan perniagaan yang dijalankan dengan keadaan pasaran semasa. Jika mengharapkan informasi yang diperolehi dari menyertai mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib seperti MARA, ianya tidak mencukupi bagi menghadapi keadaan sebenar dunia perniagaan. Selalunya teori yang dibentangkan oleh "orang" yang makan gaji, tidak sama dengan praktikal yang sebenarnya apabila kita berada di lapangan ini. Belajar dari pengalaman dan ditambah lagi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah dapat membantu usahawan memperbaikki prestasi sesuatu perniagaan. Dipasaran telah banyak syarikat penerbitan mengeluarkan buku-buku motivasi dan rujukkan perniagaan mengikut bidang-bidang tertentu. Para usahawan pandai-pandailah memilih buku-buku yang bersesuaian bagi memperolehi maklumat yang bermanfaat yang boleh diaplikasikan dalam bisnes anda. Membaca boleh menjadi salah satu kunci kejayaan usahawan dalam aktiviti perniagaan. Bagi tujuan tersebut, bagi pihak KUG Melaka, saya mencadangkan pada usahawan lepasan GIATMARA Melaka serta ahli KUG Melaka khususnya agar membeli dan membaca buku bertajuk "Berani Gagal" yang ditulis oleh Billi Lim. ~Ahmad Zaki, ICT Niaga Enterprise

Rabu, Mac 10, 2010

Perasmian pelancaran 1 Komuniti, 1 Koperasi

Pada 7 hingga 8 Mac 2010 lalu, Pengerusi Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, Encik Mas Ramizu, ditemani oleh timbalannya iaitu Puan Nur Hafizah serta ahli jawatan kuasa, saudara Ahmad Zaki telah mengunjungi majlis "Perasmian Pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi", bertempat di Padang Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buluh, Selangor.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd.Yassin, (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).
Pelbagai maklumat telah didapati semasa wakil KUG Melaka melawat gerai pameran yang ada seperti Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bank Persatuan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Lanjutan perkembangan pejabat KUG Melaka

Semalam pegawai dari TM Melaka, iaitu Puan Nur Fadhilah, selaku Penolong Pengurus SME telah membuat kunjungan ke pejabat KUG Melaka bagi berbincang serta menguruskan pendaftaran kemasukan talian telefon dan internet. Langkah ini segera dilakukan bagi memudahkan kelancaran urus tadbir pihak pengurusan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.
Pada ketika ini, beberapa unit penghawa dingin telah siap dipasang bagi keselesaan para ahli serta tetamu yang mengunjungi pejabat KUG Melaka. Berikut adalah gambar terkini mengenai keadaan semasa pejabat Kelab Usahawan GIATMARA Melaka :

Jumaat, Mac 05, 2010

Saf kepimpinan KUG Melaka 2010-2013

Berikut adalah senarai saf kepimpinan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka bagi tahun 2010 - 2013 :-
PENGERUSI
: Mas Ramizu Bin Mas Mohamad
TIMBALAN PENGERUSI : Nur Hafizah Binti Karim
SETIAUSAHA : Nurul Asma Binti Dollah
TIMBALAN SETIAUSAHA : Kamariah Binti Ibrahim
BENDAHARI : Latifah Binti Idris
Ahli Jawatan Kuasa :
Mas Rasdan Bin Mas Mohamad
Normah Binti Suboh
Asri Bin M.Amat
Nurul Aini Binti Zainuddin
Mohd. Shukri Bin Md. Isa

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog