Sabtu, November 20, 2010

Karnival Usahawan 2010 MITC Melaka

Pada 12 hingga 14 November 2010 lalu, KUG Melaka menyertai Karnival Usahawan 2010 dengan "booth" bernombor 22. Bertuahnya KUG Melaka kerana mendapat tempat yang berhampiran dengan pentas perasmian karnival tersebut. Karnival dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan, yang membawa kapasiti selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka.

Karnival berkenaan diadakan di kawasan Kota Fesyen,MITC Melaka. Ianya berada di laluan utama bangunan SDSI. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu, bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Dua usahawan dari KUG Melaka yang terlibat dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikkan serta pembuatan kek diberi peluang mempromosikan produk dan perkhidmatan.



 

 

Sabtu, Oktober 16, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya 2010, GIATMARA Kota Melaka

Tarikh : 05 / 10 / 2010
Masa : 10.30pagi - 2.00petang
Tempat : Dewan GIATMARA Kota Melaka

Rabu, Ogos 25, 2010

GIATMARA di Jom Heboh TV3 Melaka 2010

GIATMARA Melaka berkongsi "booth" bersama dengan "Nona" dan "WHI". Aktiviti yang dianjurkan oleh GIATMARA ialah demonstrasi dandanan rambut dan solekan serta pertunjukkan membuat "cup cake" dan pastri, yang dilaksanakan oleh pelajar, tenaga pengajar (makanan) dan ahli KUG Melaka (solekan & dandanan rambut). Cup cake yang telah siap dibuat, diberikan percuma pada para pengunjung.
Sambil itu turut diadakan sesi penerangan mengenai peluang melanjutkan pelajaran di GIATMARA Melaka serta diedarkan borang permohonan melanjutkan pelajaran di GIATMARA Melaka kepada pengunjung yang berminat.

Jumaat, Julai 09, 2010

Pameran di Pusat Serenti Tampin, Melaka @ Negeri Sembilan..

Pada 8 Julai 2010, Kelab Usahawan GIATMARA Melaka (KUG Melaka) telahpun menyertai pameran yang diadakan di Pusat Serenti Tampin. Seperti tajuk artikel di atas, Pusat Serenti Tampin ini berada di dalam kawasan sempada dua buah negeri.
Buat julung kalinya, pihak KUG Melaka dipelawa untuk turut serta dalam pameran tersebut melalui platfom GIATMARA Negeri Melaka. Antara agensi lain yang terlibat dalam penganjuran pameran itu ialah Sekolah Henry Gurney, Jabatan Pertahanan Awam, Cawangan Narkotik Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tujuan pameran ini diadakan bagi mendedahkan maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada tahanan penjara agar sedikit sebanyak kesedaran tersebut dapat digunakan oleh mereka apabila keluar dari pusat serenti kelak.
Dalam konteks GIATMARA dan KUG Melaka pula, para tahanan serenti diberitahu maklumat mengenai membina semula kehidupan melalui latihan kemahiran. Setelah tamat tempoh hukuman, mereka diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran di mana-mana pusat GIATMARA di Melaka, mengikut bidang yang mereka minati dengan pemantauan dari pihak-pihak berwajib agar matlamat pemulihan tahanan dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

Isnin, Jun 28, 2010

Majlis Graduasi GIATMARA Kota Melaka & Simpang Ampat, serta Program GIATMARA Melaka "Bersamamu" 2010

Assalamualaikum...
Pada hari ini, 28 Jun 2010, bermula jam 10.00 pagi telah diadakan Majlis Graduasi GIATMARA Kota Melaka dan Simpang Ampat di Dewan Naning, Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. Tetapi sebelum itu, majlis didahulukan dengan bacaan doa. Selepas itu, Pengurus GIATMARA Melaka iaitu En.Amran memberi ucapan aluan pada semua yang hadir dalam dewan berkenaan serta ucapan perasmian dari Y.B Datuk Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian.
Sejurus selepas itu, para hadirin dipersembahkan dengan tayangan video mengenai seorang remaja yang mendapat latihan kemahiran dalam bidang jahitan di GIATMARA Kota Melaka iaitu Norliyana Binti Abdul Ghaffar, yang pernah muncul dalam rancangan TV3 iaitu "Bersamamu". Video berkenaan menggambarkan perjalanan dan perkembangan kehidupan beliau ketika menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka.
Di bawah kepimpinan saudara Ramizu Bin Mas Mohamad yang berkomitmen tinggi, pihak KUG Melaka tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan badan koporat yang lain dalam memberi sumbangan khidmat masyarakat. Pihak KUG Melaka telah menyumbangkan seunit mesin jahit pakaian berserta dengan peralatan menjahit yang lain kepada Norliyana. Dalam majlis penyerahan mesin dan peralatan menjahit tersebut, Norliyana juga telah membuat sedikit demontrasi kemahiran yang beliau perolehi sepanjang menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka, dengan ,menggunakan mesin jahit tersebut. Juga dipamerkan koleksi pakaian yang dijahit oleh beliau mengikut modul GIATMARA. Selain dari kehadiran para pelatih, ibu bapa, penjaga, tenaga pengajar, kakitangan GIATMARA negeri dan ibupejabat, majlis turut menerima kehadiran pihak wartawan dari media cetak serta elektronik.
Pihak KUG Melaka amat berbangga dengan semangat serta pencapaian Norliyana setelah menjalani latihan kemahiran di GIATMARA Kota Melaka. Walaupun kehidupan keluarga beliau yang berada dalam lingkungan kemiskinan serta mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya, namun cekal mengharungi hari-hari yang mendatang. Kami mendoakan agar Norliyana terus melangkah maju ke hadapan di dalam bidang keusahawanan demi membela nasib keluarganya.
Semestinya KUG Melaka akan sentiasa memberi tunjuk ajar serta pantuan bukan sahaja kepada Norliyana, bahkan kepada lepasan pelatih GIATMARA Melaka yang lain dalam mencari rezeki di bidang perniagaan. Oleh itu, KUG Melaka juga mengharapkan kerjasama dari para usahawan lepasan GIATMARA Melaka untuk mengemaskini maklumat perniagaan anda. Silalah berkunjung ke pejabat KUG Melaka di Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, untuk rujukan serta mendapatkan nasihat dari rakan-rakan yang ada di dalam KUG Melaka.

Rabu, April 14, 2010

Mesyuarat penerangan penubuhan koperasi

Tempat : Dewan GIATMARA Kota Melaka
Tarikh : 22 / 04 / 2010 ( Khamis )
Waktu : 9.00 pagi
Semua ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dirayu datang bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai penubuhan "Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad".
Sebarang pertanyaan boleh ditanya semasa mesyuarat tersebut.
~ p/s : datang dengan minda yang terbuka, fikiran yang bersih dan hati yang suci...

Khamis, April 01, 2010

Gambar majlis penutup bengkel koperasi anjuran SKM dan GIATMARA

Jumaat, Mac 26, 2010

Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA, Peringkat Zon Selatan

Assalamualaikum...Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA Peringkat Zon Selatan, yang diadakan pada 24 hingga 26 haribulan Mac 2010 di Hotel Sri Costa, Melaka telah berlangsung dengan jayanya.
Ianya disertai oleh ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Bengkel ini dijayakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan GIATMARA.
Berikut adalah suasana ketika "team KUG Melaka" melaksanakan tugasan :

Ahad, Mac 14, 2010

Membaca kunci kepada usahawan berjaya

Usahawan sama ada yang telah "senior" mahupun yang masih lagi baru dalam lapangan keusahawanan atau perniagaan ini perlu sentiasa menambah ilmu bagi melengkapkan serta menyediakan diri bagi menyesuaikan perniagaan yang dijalankan dengan keadaan pasaran semasa. Jika mengharapkan informasi yang diperolehi dari menyertai mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib seperti MARA, ianya tidak mencukupi bagi menghadapi keadaan sebenar dunia perniagaan. Selalunya teori yang dibentangkan oleh "orang" yang makan gaji, tidak sama dengan praktikal yang sebenarnya apabila kita berada di lapangan ini. Belajar dari pengalaman dan ditambah lagi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah dapat membantu usahawan memperbaikki prestasi sesuatu perniagaan. Dipasaran telah banyak syarikat penerbitan mengeluarkan buku-buku motivasi dan rujukkan perniagaan mengikut bidang-bidang tertentu. Para usahawan pandai-pandailah memilih buku-buku yang bersesuaian bagi memperolehi maklumat yang bermanfaat yang boleh diaplikasikan dalam bisnes anda. Membaca boleh menjadi salah satu kunci kejayaan usahawan dalam aktiviti perniagaan. Bagi tujuan tersebut, bagi pihak KUG Melaka, saya mencadangkan pada usahawan lepasan GIATMARA Melaka serta ahli KUG Melaka khususnya agar membeli dan membaca buku bertajuk "Berani Gagal" yang ditulis oleh Billi Lim. ~Ahmad Zaki, ICT Niaga Enterprise

Rabu, Mac 10, 2010

Perasmian pelancaran 1 Komuniti, 1 Koperasi

Pada 7 hingga 8 Mac 2010 lalu, Pengerusi Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, Encik Mas Ramizu, ditemani oleh timbalannya iaitu Puan Nur Hafizah serta ahli jawatan kuasa, saudara Ahmad Zaki telah mengunjungi majlis "Perasmian Pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi", bertempat di Padang Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buluh, Selangor.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd.Yassin, (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).
Pelbagai maklumat telah didapati semasa wakil KUG Melaka melawat gerai pameran yang ada seperti Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bank Persatuan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Lanjutan perkembangan pejabat KUG Melaka

Semalam pegawai dari TM Melaka, iaitu Puan Nur Fadhilah, selaku Penolong Pengurus SME telah membuat kunjungan ke pejabat KUG Melaka bagi berbincang serta menguruskan pendaftaran kemasukan talian telefon dan internet. Langkah ini segera dilakukan bagi memudahkan kelancaran urus tadbir pihak pengurusan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.
Pada ketika ini, beberapa unit penghawa dingin telah siap dipasang bagi keselesaan para ahli serta tetamu yang mengunjungi pejabat KUG Melaka. Berikut adalah gambar terkini mengenai keadaan semasa pejabat Kelab Usahawan GIATMARA Melaka :

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog