Isnin, April 21, 2008

Perasmian Kelab Usahawan Giatmara Melaka

Perasmian kelab akan dilancarkan pada 01.05.2008 bertempat di Hotel Sri Impiana, Jasin, Melaka pada pukul 3.00 ptg sehingga 6.00 ptg. Kelab ini terdiri daripada bekas pelatih GIATMARA negeri Melaka yang telah mempunyai syarikat dan aktif menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang. Sasaran KUG ialah menjalankan projek atau kerja-kerja penyelenggaraan serta perkhidmatan untuk organisasi berkaitan MARA. Jika dilihat oleh pihak penilaian KUG, kebanyakkan organisasi berkaitan MARA menggunakan perkhidmatan seperti servis penghawa dingin, servis komputer atau jahitan pakaian dari pihak luar mahupun bangsa asing. Ini ternyata merugikan para pelatih dari GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan kerana kebanyakkan dari tugasan atau projek tersebut mampu dilaksanakan oleh mereka sendiri kerana semasa di GIATMARA, mereka telah dilatih dengan kursus kemahiran yang releven dengan kehendak pasaran semasa. Oleh itu diharap semua pihak lain terutamanya bangsa Melayu sendiri menyokong dan memberi galakkan serta bantuan sewajarnya kepada KUG kerana kebanyakkan dari ahli kelab adalah usahawan muda dan baru dalam dunia keusahawanan.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog