Rabu, Disember 31, 2008

Harapan dan doa di tahun 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Esok bermulanya tahun baru 2009. Yang pastinya apabila tiba tahun baru, kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Sesungguhnya tahun 2008 ini padat dengan pelbagai peristiwa suka mahupun duka.
Tahun 2008 juga mencatatkan perubahan yang menarik dalam dunia keusahawanan. Kesan daripada keputusan pilihanraya 2008, struktur kerajaan Malaysia berubah. Kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, membuat rombakan kabinet bagi mengorganisasikan semula struktur kerajaan, iaitu pada mana-mana bahagian yang bermasalah.
Hasil dari rombakan kabinet kerajaan itu, dilihat bantuan kepada para usahawan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dipermudah dan dipercepatkan. Salah satu langkah yang diambil oleh MARA ialah meluluskan pinjaman di bawah nilai RM20,000.00 di peringkat daerah, tanpa perlu dirujuk pada peringkat pusat dan masa diambil untuk meluluskan pinjaman tersebut ialah sekitar dua minggu.
Semoga tahun 2009 yang tiba ini "menghidangkan" cerita-cerita yang positif untuk masyarakat Malaysia, terutamanya dalam dunia keusahawanan Melayu. Marilah sama-sama kita berusaha dan berdoa agar masyarakat Melayu semakin menguasai ekonomi di "tanah air" yang bertuah ini...

Isnin, Disember 15, 2008

14 produk inovasi pelajar GiatMARA dapat hak paten

Setakat ini, Giat MARA menerusi Pusat Pembangunan Reka Bentuk MARA ( DeDEC ) berjaya mendapat hak paten bagi 14 produk inovasi pelajarnya, kata Ketua Pegawai Ehsekutifnya, Meriyam Abdul Majid.
Jumlah itu termasuk satu yang bakal dikomersialkan tidak lama lagi, iaitu Creative Knife Collection yang dihasilkan pelajar GatMARA Slim River,Perak.
Beliau berkata, kejayaan mendapatkan paten itu adalah langkah Giat MARA melindungi harta intelek pelajar, selain menjamin keselamatannya daripada diciplak pihak tidak bertanggungjawab.
"Ciptaan pelajar berkenaan perlu dilindungi kerana ia mempunyai nilai komersial, selain boleh memberi peluang terbaik kepada pelajar jika dipasarkan secara sah".
"Setiap reka cipta atau produk berkualiti akan dikenal pasti demi kepentingan penciptanya dan usaha ke arah mengkomersialkan produk terbabit turut dirancang dengan pihak yang berminat memasarkannya".
"Malah, kita jugfa bercadang mengadakan pameran inivasi yang bakal mengetengahkan pelbagai produk pelajar Institusi Pendidikan MARA ( IPMa ) termasuk GiatMARA dengan menjemput pengusaha industri luar untuk melihat produk itu", katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.
~ petikan berita daripada akhbar Berita Harian. ~ penulis berita oleh Khairina Yasin, email : kayrina@bharian.com.my

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog