Jumaat, Disember 04, 2009

Program basmi kemiskinan GIATMARA Melaka

Terima kasih diucapkan kepada ibu pejabat GIATMARA yang berpusat di Kuala Lumpur serta GIATMARA Negeri Melaka kerana memberi peluang serta membantu ahli KUG Melaka untuk terlibat dalam program membasmi kemiskinan.Tahniah kepada semua ahli KUG Melaka yang terlibat serta mengambil peluang untuk turut serta bagi menjayakan program tersebut di Melaka. Semoga mutu kerja dan keterampilan anda selaku usahawan Muslim semakin menyerlah,baik dan cemerlang...[Readmore]

Jumaat, November 27, 2009

Salam Aidiladha, 10 zulhijjah 1430

Assalamualaikum... Hari ini merupakan antara hari yang "besar" dalam Islam, di mana semua umat Islam menyambut Aidiladha ataupun yang selalu disebut sebagai Hari Raya Haji. Bersyukurlah kerana kita masih boleh meneruskan kehidupan bagi mencari "modal" untuk "hari pembalasan" kelak. Dalam setiap sambutan yang kita raikan, semua golongan termasuklah para usahawan Muslim sejati perlu memahami dan mengambil intipati dari pengertian pengorbanan dalam...[Readmore]

Ahad, November 01, 2009

Makluman untuk usahawan dari GIATMARA Melaka

Melalui Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, para usahawan yang terdiri dari lepasan GIATMARA dipelawa untuk mendaftar di pejabat GIATMARA Negeri Melaka untuk membolehkan para usahawan mendapatkan kerja-kerja pembekalan ,traning providor dan lain-lain yang berkaitan dari pihak GIATMARA Negeri Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila datang ke pejabat GIATMARA Negeri Melaka di tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Mela...[Readmore]

Jumaat, September 25, 2009

Salam Syawal 1430 / 2009

Assalamualaikum.. Pengurusan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang terhasil dari GIATMARA seluruh negeri Melaka. Semoga para usahawan GIATMARA negeri Melaka bijak dalam menjalankan perniagaan. Berniagalah secara terhormat, bekerjasama tidak kira apa jua jenis perniagaan serta membuat rangkaian perniagaan yang asli dan kukuh agar lama kelamaan akan wujud golongan...[Readmore]

Isnin, Julai 13, 2009

Kursus Keusahawanan untuk Penjaja Kecil 2009

Maklumat kursus : Kod kursus : AERSC-15-4/4 Tarikh : 16 - 18 Okt di Melaka Maklumat lanjut dan permohonan kursus boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kursus Tahun 2009 yang boleh didapati di Agensi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pejabat-Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan-Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pejabat-Pejabat Daerah serta laman web kementerian - http://www.rurallink.gov.my/ Permohonan lengkap hendaklah dihantar...[Readmore]

Selasa, Jun 16, 2009

Jadual Siri Bengkel Bulan Jun 2009

>>PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR KELI/PUYU/TALAPIA SUNGAI UDANG, MELAKA 13 HINGGA 15 JUN 2009 >>BENGKEL USAHAWAN FERTIGASI PUSAT LATIHAN AGROBANK 19 HINGGA 21 JUN 2009 >>BENGKEL USAHAWAN KAMBING KUALA KANGSAR 26 HINGGA 29 JUN 2009 >>BENGKEL USAHAWAN KETUTU SUNGAI PETANI 27 HINGGA 29 JUN 2009 * Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut sila hubungi : - 03-89259042 / 43 / 44 / 45 (Pn. Sarah / Pn. Sharifah) / 013-5101901 (Encik...[Readmore]

Selasa, Mei 12, 2009

Inkubator GIATMARA (D' Taufiq Bakery)

GIATMARA Melaka sentiasa aktif dalam memberi peluang pada pelatih mahupun bekas pelatihnya dalam menjalankan perniagaan, terutamanya yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di seluruh GIATMARA di negeri Melaka. D' Taufiq Bakery (Mohd. Taufiq Bin Rahim) merupakan usahawan inkubator terkini yang diwujudkan oleh pihak pengurusan GIATMARA. Bertempat di G -02, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka ianya turut diuruskan bersama...[Readmore]

Isnin, Mei 11, 2009

Jemputan ke majlis perkahwinan

Dijemput semua ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dan mereka yang berkaitan untuk datang ke majlis perkahwinan saudara Sabri Bin Mamat, merupakan bekas naib pengerusi KUG Melaka serta bekas pelatih GIATMARA yang menjalankan perniagaan basikal di Alor Gajah. Majlis tersebut diadakan di alamat 1025-1, Batu 4, Batu Berendam, 75350 Melaka pada hari Ahad, 7 Jun 20...[Readmore]

Selasa, April 28, 2009

Intipati dari perjumpaan semalam

Encik Abdul Razak, Pengerusi Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. Jemaah Ahli Jawatan Kuasa KUG Melaka Antara perkara yang dimaklumkan serta diperbincangkan pada perjumpaan para ahli KUG Melaka semalam ialah mengenai "Projek membasmi kemiskinan", yang mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Melalui GIATMARA Melaka, Kelab Usahawan GIARMARA Melaka mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam projek amal tersebut. Ada beberapa perancangan...[Readmore]

Sabtu, April 25, 2009

Perjumpaan ahli KUG Melaka

Satu perjumpaan bagi ahli-ahli KUG Melaka akan diadakan di Dewan GIATMARA Kota Melaka pada hari Isnin, 27/04/2009, pukul 2.00 ptg. Kepada semua ahli KUG Melaka yang telah mempunyai syarikat berdaftar, sila bawa salinan sijil SSM dan Kementerian Kewangan (jika ada) semasa menyertai perjumpaan terseb...[Readmore]

Khamis, April 23, 2009

GIATMARA wadah penjana ekonomi masyarakat

Dalam siri rancangan "Bersamamu - TV3", yang bersiaran pada semalam (23-04-2009, Rabu) mengisahkan mengenai dua orang anak penduduk miskin di salah satu daerah di Negeri Sembilan, yang menerima latihan kemahiran di GIATMARA Kuala Pilah. Ini sebagai permulaan bagi mereka membebaskan diri belenggu kemiskinan. Melalui GIATMARA, para pelatihnya akan menerima peluang yang cukup baik untuk memajukan diri dari segi penguasaan ilmu dan menggunakan kemahiran...[Readmore]

Jumaat, April 03, 2009

Pejabat operasi Kelab Usahawan GiatMARA Melaka

Pada hari ini (Jumaat, 03/04/2009), bermula pukul 8.30 pagi, diadakan sesi gotong royong mengemaskan bilik ( ruang pejabat ) bagi kegunaan Kelab Usahawan GiatMARA Melaka di tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka. Usaha membersih dan mengemaskan ruang pejabat dan kawasan sekitarnya turut dibantu oleh beberapa pelajar GiatMARA Kota Melaka yang terdiri dari pelbagai kursus kemahiran. Dengan adanya bilik operasi ini, aktiviti KUG...[Readmore]

Isnin, Mac 30, 2009

Perkasakan GiatMARA

MARA juga memberi penumpuan untuk membangunkan generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran tetapi kurang cemerlang dalam bidang akademik. Biarpun setengah pihak mengabai dan mengetepikan kumpulan pelajar ini tetapi MARA melihat mereka juga adalah modal insan yang perlu dibangunkan kerana sebahagian besar daripada mereka adalah berbakat tetapi tidak menyedari potensi yang ada dalam diri mereka sendiri. Kerana itulah MARA mewujudkan 206...[Readmore]

Rabu, Mac 25, 2009

Harapan baru untuk KUG Melaka

Seperti yang telah dimaklumkan, satu Mesyuarat agung yang pertama telah diadakan di Dewan GiatMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Berikut adalah senarai jemaah kepimpinan KUG Melaka yang baru bagi tahun 2009/2010: Pengerusi : Abdul Razak Bin Diman ( RRN BEMBAN JAYA ENTERPRISE ) Naib Pengerusi : Ramizu Bin Mohamad ( RAMIZU SUPPLY & SERVICES) Setiausaha : Norbahyah Binti Sulaiman ( ENO ENTERPRISE...[Readmore]

Rabu, Mac 18, 2009

Mesyuarat Agung Pertama KUG Melaka

Kelab Usahawan GiatMARA ( KUG ) Melaka yang telah berdaftar pada 14 Ogos 2008 dengan nombor pendaftaran 1419-08-MEL akan mengadakan Mesyuarat Agung Pertama pada waktu berikut :~ Tarikh : 22 Mac 2009 ( Ahad ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan GiatMARA Kota Melaka, Tingkat 3, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Perasmi : Pengarah MARA Negeri Mela...[Readmore]

Jumaat, Mac 13, 2009

Program "GiatMARA Dekat Rakyat" dedah kerja sosial masyarakat

Usaha memberi keselesaan kepada rakyat terutamanya golongan miskin tegar terus mendapat perhatian kerajaan. Ini kerana golongan tersebut perlu dibantu bagi membolehkan mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing dan sekaligus keluar dari miskin tegar. Menyedari hakikat itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turun padang dengan mewajibkan setiap pelatih di 206 Pusat GiatMARA menjalani latihan praktikal di luar pusat itu sejak tahun...[Readmore]

Jumaat, Februari 27, 2009

Rebut peluang perniagaan

Bukan mudah menjadi seorang usahawan yang berjaya, apatah lagi ia menuntut banyak pengorbanan termasuk kebijaksanaan peniaga itu sendiri untuk mencorak bentuk perniagaan yang dijalankan. Bagi golongan muda, keusahawanan adalah bidang yang sering ditekankan ketika ini sama ada di peringkat institusi pengajian tinggi ataupun seawal-awal sekolah menengah, berikutan keupayaannya membentuk masa depan gemilang. Bagaimanapun, tidak bermakna kerjaya di bidang...[Readmore]

Khamis, Januari 22, 2009

GiatMARA latih pelajar dari Sudan kemahiran automotif

Kejayaan melahirkan ramai usahawan kemahiran bertaraf antarabangsa memberi keyakinan kepada GiatMARA terus berkongsi dan memperluaskan kepakaran dengan menyediakan latihan kepada pelatih luar negara. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abdul Majid berkata, di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia, Unit Perancang Ekonomi melantik GiatMARA sebagai penyedia latihan bagi melaksanakan projek rintis kerajaan kepada kerajaan (G2G) antara Malaysia dan...[Readmore]
Pages (12)123456 »

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan
MininiagaProgram SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com eBook Import Dari China Pakej Automatic eBay Powerseller
Related Posts with Thumbnails

Artikel busuk.org

Artikel ohblog